saat sang sahabat pergi mengembara, di sini lah kami telah melepaskan lelah dan keiniginan yang meluap-luap untuk berkarya (katanya). terasa seperti kanak-kanak yang berlari mencari "kebahagiaan". Aman (:



si penggiat seni



si pencinta alam yang terkinja-kinja tatkala melihat keindahan si "cantik"



secawan air dibeli, buat menahan dahaga, sebelum mengembara.



setelah sampai, perhatian kami di ambil oleh si burung hitam putih,yang kelihatan anggun dan comel.



berjalan seketika, terserempak pula dengan "dara" yang seorang ini. merah menyala.



ternampak pula, bangku yang kosong. apa yang boleh dilihat dari situ ya?



tasik ini lah yang bisa diamati dari bangku yang kosong tersebut. nyaman.



kami juga berkenalan dengan ikan dan kura-kura yang diberi makan oleh si kecil itu.



si penggiat seni terjumpa sesuatu yang menarik perhatiannya. bersinggah sebentar kami disana, untuk bergambar. gembiranya! (:



terasa seperti di kota london, pabila berlalu di locasi berikut.



kami terserempak dengan "giant", lalu timbul lah niat untuk bergambar dengannya. almaklumlah, jarang jumpa! (:



kelihatan si dia, membuai diri dalam dunianya.



kami berlalu di sebuah pondok yang selalu menjadi buruan pengantin untuk bergambar.



tidak mahu melepaskan peluang, kami pun memetik beberapa gambar buat simpanan.



setelah itu, kami pun meneruskan penerokaan. kami terserempak dengan tuan "gagah perkasa". lihat tu, besarkan akarnya?



si penggiat seni kata, cahaya di locasi ini menarik. kami pun memetik lah beberapa gambar.



si bapa dan anak ini sahaja lah "orang" yang kami jumpa di taman "padang pasir". bekerja keras nampaknya. kami pun berlalu. tidak mahu mengganggu konsentrasi mereka.



tajam sungguh dahannya. kurniaan tuhan. menakjubkan!



kalau nak tahu, ini lah "giant"! tadi kami cuma dapat bergambar degan "kakinya" sahaja. ini "mukanya" yang kacak dan ceria (:



setelah puas mengembara dan mengamati keindahan si "cantik", kami pun beredar dari tempat itu. letih! si penggiat seni sampai terlentok-lentok di dalam bus, semasa perjalanan pulang. mengantok katanya (:

lenyap sudah segala kebosanan dan kemurungan yang telah membelenggu diriku semenjak berbulan - bulan yang lalu. gembira! ((((((;


terima kasih sahabatku! =D